Nuffang ads

Wednesday, March 23, 2011

feeding bottles BPA's free

beberapa minggu lepas kecoh pasal botol susu BPA free. sebagai ibu aku pun terkena tempias penangan botol susu ni jugak. sebelum ni memang aku mengambil berat tentang BPA ni. tapi sejak anak dara aku berminat dengan barney, limited edition plak botol BPA free ni. pening kepala aku. tapi alhamdulillah aku dapat botoil susu ni kat tingkat 1, Save More Tanjong Karang (promote ni). tapi aku x tahu nama kedai ni..hehehe

kedai dia tingkat 1


and kat bawah ni cam ne nak jaga botol pada mereka yang x guna BPA free lagi. masih boleh pakai.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 
  2. Nombor 7 dan PC 
  3. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


KKM telah mengumumkan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A. boleh hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03- 88833652/3653/3655 untuk dapatkan maklumat lanjut. kepada ibu bapa, sila jangan panik berlebihan. walaupun banned, KKM telah keluarkan saranan penggunaan yang boleh mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA

kredit to Cik Asilah  from KKM

No comments:

Post a Comment