Nuffang ads

Saturday, April 30, 2011

Tok ayah masuk spital

pintu masuk spital
 ayah kena tahan kat wad spital 3 hari. dari hari rabu sampai sabtu. kiranya 4 hari 3 malam la. ayah sakit dada, then ibu bawak gi klinik tengah hari rabu tu. doktor soh transfer spital. ibu call mummy dalam kul 1 petang. tapi ibu dah pergi dulu. drive sendiri. nasib baik la ibu tak panik. mummy yang susah hati. yela ibu pun bukannya sihat sangat pun. tapi alhamdulillah, ibu sampai gak spital bawak ayah. mummy kuar opis awal rabu lepas. mummy balik rumah terus tengok Una. nasib baik masa nak gi klinik/spital tu Una tido. tok yam (jiran sebelah) tolong tengok2 kan Una. dalam kul 2.30 petang Una bangun tido. terus mummy siap2kan Una nak gi spital.

sampai spital, ibu bgthu ayah kena tahan wad. suspek jantung. aduh, risau hati mummy. dah le ayah ada darah tinggi, kencing manis. ni tambah jantung plak. banyak betul dugaan/ujian yang diberi pada family mummy. ini tapi mummy masih bersyukur kerana Allah mengetahui apa yg berlaku.

selama 3 malam kat wad tu, ayah kami x tunggu pun. sebab kat area ayah suma orang sihat. cuma perlu pengawasan doktor je. 2 hari mummy EL. kena jaga Una. kesian plak kat ibu. dah la dia susah hati. pagi2 pas hantar Una sekolah, mummy hantar ibu gi spital. ibu tunggu la ayah sampai malam. mummy ngan Una tengah hari baru datang. then balik pastu petang pas asar datang balik sampai malam. nasib baik Una x meragam. Una cam tahu tok ayah tak sihat. kesian gak kat Una, dia manja ngan tok ayah. anak ayah katakan, bukan cucu ayah.

Cubicle 2 (ruang kubik ke2 rasanya)





Zon Citrine 6 (maksud biasa tak faham)

pakai tag, takut pesakit lari

ayah nampak letih sangat. agaknya ubat yang dibagi kuat sangat la. sebab sepanjang kat spital pas makan ubat je ayah cam mamai. hari ni ayah dah kuar. rasa happy sangat. alhamdulillah. ayah diberi cuti 18 hari. sampai tengah bulan 5. harap2 ayah semakin sihat. 

for Hospital Tanjung Karang, mummy rasa banyak dah improvement yang dibuat. semakin selesa dan bersih. mummy amat suka. paling penting, tandas begitu bersih. syabas la pada management hospital. pas ni kalu mummy terbersalin kat sini, mummy tak takut la. sebab dah cantik. hehehe...

BHP Petrol Fever Frenzy II

ya ya ya.. fever frenzy II telah kembali. Menangi Proton Inspira+RM 30,000 Tunai Setiap Bulan. Hadiah2 yang menarik including iPads, LED tvs dan epoints. Contest began April - Julai 2011. just spend RM 30 at any participating BHP Petrol Stations.



apa yang menariknya contest kali ini?..hahaha...setiap bulan undian/cabutan akan dibuat. hadiah2nya:
April
  • 1x Inspira
  • 30x RM 1k
Mei
  • 1x Inspira
  • 30x RM 1k
Jun
  • 1x Inspira
  • 30x RM 1k
 Julai
  • 1x Inspira
  • 30x RM 1k
  • 10x Apple iPad
  • 5x 40" Sony LED V
  • 10x 500,000 epoints
selain itu, semua pemenang yang merupakan ahli ecard BHP akan memenangi 50,000 epoints. memang best kan? kepada mana2 pengguna petrol cuba2 la. mana tahu tuah anda akan hadir. termasuk juga mummy. x bnyak pun mummy hantar. maklumla kereta kecik. isi pun sikit2 sudah.


kalu mana2 yang rajin tu, pas dapat borang ni terus isi ye. bukan apa nanti lambat nak masuk dalam box yg ada kt bhp tu.



Tuesday, April 26, 2011

- song 3: Luahan hati -

Last Saturday, mummy mengenjoykan diri berkaraoke. hahaha, jangan marah ye. mummy memang suka nyanyi2 ni. terapi dalam tika sedih. sebab bagi mummy lagu boleh menghiburkan hati yang gundah. mummy melepak kat Song Box, Summit USJ. sejam 16 hengget. syok gak. tapi cuma less the new songs la. tapi mummy paling admire lagu ini. sungguh syahdu. lelagi la kalu si kristal ni yang bawak. syok..


Lirik Luahan Hati

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Monday, April 25, 2011

Peraduan Komplete Nutri - Dumex Dugro

Komplete Nutri - Dumex Dugro
Peraduan bermula lagi. Una ni kiranya antara yang setia la guna produk dumex. walau before ni berpaling tadah sebab nak guna susu murah. baru2 ni ada promotion dugro semperna packing baru susu tu. xcited la mummy menghantar form. hahaha, mana tahu ada rezeki kan. 1st prize kitchen decoration. mummy mana ada kitchen. rumah pun x de. hahaha. dapat saguhati pun jadila. mana la tahu ada rezeki. mummy x le mengepos banyak2 form pun. sebab x kuasa mummy nak buat stok susu. cuma bergantung pd rezeki. dah ada label susu tu, mummy pun hantar la. harap berjaya la mummy nanti. untuk melangsaikan apa yg patut.


hadiah yg menarik
form yang kena isi
setiap form yang dihantar kena kepilkan sekali 3 rangkai gambar susu dugro. nak kesahihah la tu kan pada pengguna dugro. setiap kali beli susu mummy akan potong dan hantar form ni by pos. setelah dicalulated mummy baru hantar 4 form. tarikh tutup 31 Mei 2011. aah, sikit nya..cam ne nak menang ni..

gambar 3 rangkai dumex
hadiah oh hadiah:

  • Hadiah Pertama x1 - Pengubahsuaian dapur bernilai 80k 
  • Hadiah kedua x1 - Pengubahsuaian dapur bernilai 50k
  • Hadiah ketiga x1 - Pengubahsuaian dapur bernilai 30k
  • Hadiah saguhati x10 - Wang tunai RM 5k
  • Penyertaan ke-100 (200 pemenang) - Bekalan 6 bulan Dumex Dugro
ubahsuai dapur oleh "suprise" Eric Leong. Selamat menghantar

Pingat "Pekerti Terpilih" (PPT)

12/4/2011 (hari selasa). mummy ambik cuti. kena jaga Una sebab atok ayah and atok ibu x ada. Atok ayah dikurniakan pingat PPT (Pingat Pekerti Terpilih) dari Sultan Selangor. tahniah ayah. semakin bertambah la koleksi pingat ayah. mummy je yang masih meraban2. al maklumla, baru je keje. rasa2 mummy keje baru 4 tahun. tapi duit tak kumpul2 gak.

buku atur cara majlis
ok, berbalik pada pingat tu. inilah sebahagian cerita pingat tu:
"Pingat ini dikurniakan kepada seseorang yang telah melakukan sesuatu perbuatan yang terbilang dan terpilih pekertinya di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan". Pingat ini dibuat daripada perak dan berbentuk bulat dan terukir di sebelah hadapannya lambang Diraja dan nama pingat terukir di dalam tulisan jawi. Pingat dipakai disebelah kiri, tergantung menerusi satu cincin dengan satu riben yang lebarnya satu inci dan mengandungi jalur-jalur menegak berwarna kuning diselang-seli dengan warna merah yang sama lebarnya. 

pingat betul dah disimpan sebab anak dara mummy buat main2-gambar jela
mummy tak dapat join pun dalam upacara tu. sebab rasanya cuma sorang je leh masuk. lagipun bawak Una memang le x dapat nak masuk. upacara berlangsung di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor. mummy and Una berjalan2 la kat Shah Alam. sempat la beli barang2 Una sikit kat Carrefour Seksyen 23. lepas tu mummy singgah LUAS. lama x jumpa kawan2. tapi LUAS seksyen 15. kat HQ kawan baik mummy tu bercuti2 malaysia plak. deman katanya. tak pe la. x de rezeki. may be next time. balik dari Shah Alam kami singgah di Jeram. makan ikan bakar kat Aroma Ikan Bakar. dulu cam sedap makan kat sana. lama2 x syok plak. x tahu la kalu tekak mummy x serasi kot. entahla.

ni le restoran tu
anyway, to ayah. tahniah ye. for being the best father of me and the best boss for your staff. (mummy tak bagi pape token pun kat ayah)..asyik 'pau' ayah je sampai sekarang

slipper + kasut baru

mummy rasa baru je belikan selipar baru utk Una. tapi sekarang dah semakin 'let-teq' (bahasa jawa) yang boleh dimaksudkan seperti buruk. lagipun selipar tu la yang dibawa hari2 ke sekolah. nampaknya Una dh ok sekarang ni. genap sebulan dia sekolah. tak le manja sangat. okay, berbalik pada selipar tu, selipar baru ni untuk gi jalan2 je. kalu setakat nak gi sekolah pakai selipar lama je. lagipun sekolah Una kena take off shoes. dalam hati mummy selamat sikit. leh berjimat x payah beli kasut. hahaha.. 
size 8 (try warna biru plak)
mummy suka beli selipar bubblegummers-bata. agak mahal tapi conform la untuk Una. rasanya dah nak dekat 6 kali Una tukar selipar. since umur 1 tahun sampai sekarang nak masuk 3 tahun. mummy still fix with bata. kadang tu sampai x tahu nak pilih design apa. mostly mummy dah beli suma design. tapi mummy rasa kat area sini, less design. insya Allah next time pergi town kita beli lagi. tapi tunggu selipar Una dah buruk la ye.

size 7 - pattern lain dengan cutting lain
jalan2 kedai bata tu, teringat plak kasut lampu2 Una dah rosak. maklumla kaki Una dah besar. kasut semakin mengecil. so mummy decided belikan la Una kasut baru. warna still pinky gak. bukan x nak warna lain. tapi pink jugak yg cun. kasut nampak mudah nak pakai. mummy beli pun agak2 size Una. kalu terkecik, mummy tukar le balik nanti. dah informed kat adik kedai tu, nanti akak tukar kalu size x  muat. mummy cuma beli selipar+kasut lesap duit mummy 45 hengget. aduh, kecilnya nilai duit sekarang. 

What's a roadtrip when 6 of you are all cramped in saloon car? It's time for a new car so say hello to #allaboutexora! Get your Test Drive session today!

What's a roadtrip when 6 of you are all cramped in saloon car? It's time for a new car so say hello to #allaboutexora! Get your Test Drive session today!

Thursday, April 14, 2011

Pusat Sains Negara (10.4.2011)

pagi dan bagitahu anak dara yang mummy nak ajak jalan2. sebab hari ni dady nak jumpa anak. so bila dah deal suma. jumpala kat Jusco. lepas jumpakan anak, mummy pun nyorok2 jangan bg anak dara perasan mummy tinggal. let her happy with her's father. mummy lapo, so makan le ngan papa. sempat le rembat 2 pasang baju anak dara. kesian plak dia x de baju jalan2 ala2 ladies gitu. around 2pm. i fetch her at McD. nampak hepy plak. yelah dapat origional train set by Thomas and friends. *gulp*. sorry le anak, mumy x kan le nak belikan toys yang reganya cecah 1rat tu. rasa x berbaloi. maybe dady jarang jumpa. so, layan la anak tu. anak dara sempat gak paw cd Barney origional ngan Spinning book (hard cover). geleng kepala mumy. tak pe la anak, asal dirimu bahagia

next station, kami x tau nak ke mana. at last decided nak ke Pusat Sains Negara. seumur hidup x pernah aku ke sini. ni le 1st time. sampai2 around 3pm. ok la. tiket 10 hengget sorang. anak dara free under age katakan. kami pun masuk le.. sebenarnya mummy and papa nak tengok pameran dinos. saja bagi alasan anak.

jemput2 hadir

depan2 show room tu dah ada 2 ekor dinos. apa lagi, menangis ketakutan le anak dara ni. yela mungkin umur2 baya dia fobia sikit. padahal kat PSN tu banyak games. tak termampu dia nak main. takut sangat ngan dinos tu. siap masuk dalam tudung mummy. tak nak jalan. asyik nak dukung je. dah le 15 kilo. nasib baik mummy ni masih gagah. 

yg  ni x tahu..x dapat baca

tak silap yg ni T-Rex
tapi okla kat sana. sebab kami datang weekend, ramai la sangat umatnya. air cond pun tak jadi sejuk. aku rasa ajak students pegi pun ok. bnyak manfaat dan ilmu. aku yang ajar basic science ni memang sesuai bawak studens ke sana. x le mereka bengong dalam kelas. banyak invention yang kita boleh belajar. bg aku berbaloi le bayar. wlaupun x sebesar mana. sebab nak maintain props tu amatla payah n susah. 

tangan robot
so, digalakkan le pegi ke sini. ilmu + happy. cuma banyak part exhibition kat sini yang gelap dan kurang cahaya. agak bahaya la. hehehehe..selamat melawat. rajin2 le check kat sini http://www.psn.gov.my

Monday, April 4, 2011

1 day at KL

Sabtu lepas (April, 2) antara yang bz gak la..aku n family membuat perjalanan ke KL. wedding nephew. aku rasa dia muda lagi. diam2 dh tunang then kahwin. sekejap je masa berlalu. dah besar anak2 buah sedara aku. majlis berlangsung kat Dewan Orang Ramai Kg Salak South. ni kawasan orang Cina. kecik je dewan ni. betul2 sebelh berek polis sepupu aku duduk. memandangkan semua adalah pihak katering yg prepared, kami datang2 terus makan. kami datang ngan pakcik+makcik+sepupu yang duk kat Bandar Sri Permaisuri. so, kami 'chop' le 1 meja. time kami datang tu, tengok2 nasi x de. aik, baru kul 1 dh abis? rupanya pihak keterer tak kuarkan lagi. ceh, terpaksa aku catu makan. komen pasal makan - ok le gak! lepas makan2 tahu nak buat apa. nak tolong basuh pinggan pun katering katakan. kami pun pulang melepak kat umah pakcik aku yg kat Bandar Sri Permaisuri tu

anak dara aku memang suka melepak kat sini. sebab makcik2 sedara dia rajin melayan. dah macam opera Cina dah. pakai blusher, eyeshadow sendiri. sabau jela. biasanya dia nak mandi pool. aku tipu le baju x de. padahal mumy malas nak tukar baju. kat sini sambung makan lagi, makan jeruk masam2 manis. sedap gak. padahal pelam tu dari umah ibu. tapi sebab malas nak buat, makan kat umah org. ramai2 makan. best sangat. next plan kami nak pegi besday partey Sammy (anak cousin sorang lagi) kat Bukit Antarabangsa.

perjalanan ke sana, uh sungguh jauh. aku jarang terjah bukit antarabangsa ni. rupanya masuk ke kawasan tu punyalah banyak rumah. hampir sesat kiami dibuatnya. terpaksa la guna GPS. sebab banyak sangat kondo, tak tahu mana 1 umah dia. at last, kami pun sampai la. pas ni kalu nak datang dh tahu dah. landmark Masjid Bukit Antarabangsa. betul2 sebelah masjid umah dia. sampai2, anak dara aku xcited plak. yelah umah tinggi. pastu plak siap ada koridor. laju je dia nak lari. mumy takut jatuh. tingkat 8 tinggi beb. hahaha.. sampai2 makan lagi. hari ni memang hari makan sedunia. tak dapat le aku nak diet ke apa ke. petang dlm kul 5, kami pun balik le ke Sekinchan. sampai umah kul 8 mlm. mandi2 solat dan tido. perjalanan yang memenatkan tetapi seronok.