Nuffang ads

Thursday, March 31, 2011

gift from Hong Kong

since my senior of works ni baru balik dari vacation (Hong Kong tu).  ni antara scenery yg sempat dia shoot kat sana (sikit je tau, sebab cilok dia punya).

dari hotel dia duduk
 
apa nam tah kartun ni

showcase
  
nice park
kredit to Kak Ratna pictures

aku dapat rasakan conform banyak duit dia habis gi sana. maklumla seminggu. aku pun x harapkan la ole2 sebab fham kead dia. yg penting dia sihat dan ok. tapi  sangkaan ku meleset, dia masih ingat kat aku. hahaha. aku dapat le ole2 dari dia. aku sungguh terharu n bahagia. ingat gak kak Rat kat adik dia ni.. tu yang sayang kat dia ni.

shawl from hong kong

Lancome mini perfume
bila aku tanya dia abis berapa..mak ooi, tak sanggup aku dengar. aku salute la kat kak Rat n hubby dia. memang bagus dan pandai layan anak2. hope aku pun leh la pegi jalan2 seperti dia gak nanti.. adios

Monday, March 28, 2011

beli dapat hadiah

kali ni cerita pasal botol BPA free lagi. baru sat member call mintak tolong belikan botol. aku ok je. x de masalah pun sebab kedai tu depan office je. bila aku tengok2 baru aku perasan banyak rupanya barang baby pureen yang sudah pun free from BPA. tahniah le ye.. bagus kerana mengambil inisiatif awal. aku bukan nak promote apa2 cuma barangan pureen ini tak le mahal sangat. kiranya berbaloi la nak beli kalu nak dibandingkan dengan barangan import lain. rata2 harga bawah 15 hengget. ok la kan? kalu yg lain tu 2 botol je cecah 50 hengget. *glup* pengsan mak.

glass feeding bottles




i'm not interested with type of glass. its hard to take care. but it maybe quite okay. for me i just curious if my daughter playing with these bottles. at last, i bought the PP type. easy to care n a bit cheaper than glass. strategy of budgeting. 

caption from web

i bought these
above were the bottles. special for my office mate Marziah Che Mansor (mcm). cheaper and the most important its BPA free. the price below 20. it's okay? memandangkan aku begitu selalu datang kedai tu cari feeding bottles ni, promoter tu siap bg kat aku free yogurt head to toie. aku memang nak beli sabun+syampu ni. senang untuk bawak keluar nak mandikan anak dara. in the same time, mumy pun boleh guna. (budget). aku dapat free sebab kesetiaan aku membeli BPA bottles ni. wah, xcited. next time, i will coma again n shop again xpecially for my daughter.

2 = 100 ml

so, kepada sesiapa kawan2 yg berminat nak beli feeding bottles lagi. habaq le kat chek na. hehehe

key pad terjongket

semalan, anak dara aku bantai layan lagu 'oh my darling' ngan no body. tah cam mana punya xcited, dia pun nak jadi mumy la agaknya. boleh ambil bateri lap top ni. kan bateri tu panas, then terjatuh atas key pad lap top. bersepai la satu key ni. huruf T. sekarang terjongket2 bila nak tekan T. cuma tunggu masa nak lenyap je T ni..arg..kecian mumy. guna la selagi boleh guna. mumy kena save budget ni..
nampak tak jongketan huruf T

detox pad

aku sungguh susah hati dengan berat badan aku. sebelum ni aku berat cuma 68 kg. rasa dah ok la. BMI normal. tapi sekarang ni naik dah 71.4 kg. aduh banyak tu. kenapa la agaknya ye. terlalu senang hati ke? gumbira saya sekarang. hahaha. melayan blues.

berbalik cerita detox tu, aku banyak baca. antara sebab kenapa badan kita berat ialah banyak toksin. so, konon2 aku tersedar dari lamunan. yela selama ni makan bukannya jaga pun. aku pun beli la detox pad ni dari member ofis. 10 keping  10 hengget. siap leh delivery without charge area Tanjung Karang, Kuala Selangor, Sungai Buloh. aku cuba la sesaja. buat masa ni 2x pakai biasa je. maybe kena 2-3 pack baru ada perubahan kot. tapi yg seksanya lepas bukak, melekat2. untuk kesihatan ku gagahi jua. hehehe

packing pad tu


bila dah bukak

cam ni la rupanya aku pakai

Antara fungsi detox pad ini seperti:
1) membuang toksin dalam badan, air berlebihan & cegah bau badan
2) membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
3) mengurangkan alergik, sakit sendi
4) mengurangkan sakit kepala, migrain @ tekanan kerja
5) menormalkan tekanan darah & aliran darah
6) menguatkan sistem imun badan
7) melegakan sakit tumit & tapak kaki
8) mengurangkan sembelit, kembung perut
9) membantu masalah jerawat, resdung
10) mengurangkan diabetes, kegemukan
11) mengatasi masalah sukar tisur
12) menyegarkan ketika bangun tidur
13) mengurangkan sakit gout, sendi

 Tanda-tanda banyak toksin:
1) Kerap sakit kepala
2) badan terasa letih tanpa sebarang sebab
3) susah bangun tidur
4) bahagian keliling mata gelap
5) banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi
6) sinus
7) berat badan meningkat
8) selulit
9) masalah jerawat

kalau aku baca tanda2 ada banyak toksin tu, memang adalah sangkut 2,3 kat aku. so, aku berusahalah unuk mencuba. sesapa nak cuba silakan la..kita kena cuba baru tahu.

Friday, March 25, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa (24.03.2011)

fuh...syok betul tengok HMM. x sia2 aku tengok. rasa berdebar je bila fighting action. cam tu ke org dulu2 berlawan. gerun plak. tiba2 terpikir kalu it happen again in this millennium cam ne la aku nak pertahankan tanah air ni. aku salute pada Yusry KRU atas inisiatif yg dia buat. walau ada sedikit slack, tapi aku rasa cukup baik sebagai permulaan di Malaysia. congrates KRU. hope it will be more attractive and innovative films for the next.

tapi yg aku kecewa, nape la si Merong Mahawangsa tu mati. rasa nak tengok balik sejarah betul ke dia mati dalam perang. x syok kan hero mati. tapi tetap kagum. dengan bakat yg dia ada dan keizinan-Nya HMM memang great! kami gi GSC 1 Utama layan film ni..hahaha..



thriller poster
GSC 1 Utama - memang best

tiket wayang - 7 hengget sorang

habis wayang, perut lapo la. kami pun nak terjah Subway. ni 1st time makan. order pun x reti. asyik tengok org je cm ne nak order. hehehe. tapi memag kaw la makan kat sini. besar gila hotdog dia. huhuhu. rega, ok la gak. mahal tapi kenyang. aku suggets la sapa nak cuba memang berbaloi.

Subway 1 Utama


besar kan burger dia



1/2 dah makan (burger pun separuh je x denye xtra long)

air ice lemon T+sprite
aku tengok nutrition kat burger subway ni ok gak. sesapa nak terjah moh le ke web ni http://www.subway.com/applications/NutritionInfo/index.aspx. memang berinfo. tapi semalam memang syok makan2 dan tengok wayang.

Bukit Melawati, Kuala Selangor (4&15 Feb. 2011)

walaupun aku ni antara org yang dekat dgn Kuala Selangor. tapi aku jarang gi tempat bersejarah yg macam ni. padahal ramai pelancong asing yang datang. mungkin kami ni org tempatan so x le xcited sangat.

memandangkan anak dara aku ni nak sangat berjalan, aku pun bawak la gi Bukit Melawati ni. nak tengok monyet. ok la kak untuk budak2 dia suka la..aku pun suka je. kalu pergi naik atas during weekend @ public holidays kena naik tram. kalu weekdays boleh la naik kereta. tapi ok gak naik tram ni. membahagiakan anak2. sebagai mumy tugas aku jagala anak elok2..

naik trem





pandangan dari bawak bukit


nampak x monyet?

monyet ni duk sebelah Una

selamat tinggal monyet2



meriam di muzium

tangga naik muzium

rumah api zaman dulu2 - x tahu la sekarang ni diguna lagi x

aja2 fighting2 - lawan2 org dulu

tak sangka sampai 2x aku pergi bulan februari ni..hahaha..tak pela asal anak mumy bahagia..next time kita gi jalan lagi ye. kalu nak gi sini bayar 2 hengget naik tram. budak2 bawah 3 thn free. then leh gi muzium air tawar sekali. ok la gak layan anak2 mengenal alam.

Wednesday, March 23, 2011

feeding bottles BPA's free

beberapa minggu lepas kecoh pasal botol susu BPA free. sebagai ibu aku pun terkena tempias penangan botol susu ni jugak. sebelum ni memang aku mengambil berat tentang BPA ni. tapi sejak anak dara aku berminat dengan barney, limited edition plak botol BPA free ni. pening kepala aku. tapi alhamdulillah aku dapat botoil susu ni kat tingkat 1, Save More Tanjong Karang (promote ni). tapi aku x tahu nama kedai ni..hehehe

kedai dia tingkat 1


and kat bawah ni cam ne nak jaga botol pada mereka yang x guna BPA free lagi. masih boleh pakai.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 
  2. Nombor 7 dan PC 
  3. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


KKM telah mengumumkan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A. boleh hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03- 88833652/3653/3655 untuk dapatkan maklumat lanjut. kepada ibu bapa, sila jangan panik berlebihan. walaupun banned, KKM telah keluarkan saranan penggunaan yang boleh mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA

kredit to Cik Asilah  from KKM

Tuesday, March 22, 2011

belajar menulis

alhamdulillah, anak dara mumy dah pandai baca fatihah, surah al-iklas. walaupun x berapa betul tajwidnya. tapi masih boleh hafal. kalu surah yaasin tu ayat 1-3 je xpert. walaupun menghafal tapi x kenal pun huruf. pakai bantai je. sekarang ni pulak, dh ketagih menulis guna marker pen. so habis buku2 yg ada dicontengnya. huruf pertama yang mumy ajar ialah huruf 'H'. merujuk kepada nama Husna. tu je yg dia pandai tulis.

menulis sambil meniarap


huruf 'H' yang ditulis

Zoo Negara - 13.3.2011

lama x bawak anak dara jalan2. dia asyik tagih nak tengok giraffe. so aku bawak le si kecik jalan2 ke Zoo. bayar 20 hengget. ajak jalan, mumy x terkejar sebab dia lagi laju dar kita. mumy dah masuk remaja purba. mula2 kami jalan kaki je then lepas penat baru le anik tram. naik tram bayar 3hengget dewasa kanak2 2 hengget. songlap gak duit gi jalan2 ni..hehehe
welcome to Zoo Negara Malaysia
anak gajah
 kami masuk dalam ni lebih kurang pukul 1 petang. so, sempatla gak tengok showtime pukul 3. org punyalah ramai, tak sempat nak bergambar. kena fokus kat Una je. lepas penat2 naik le tram. cantik dh tram kat zoo sekarang ni

new tram - bila tukar pun x tahu
lepas penat2 kami pun bergerak mahu pulang, sebelum sampai rumah singgah di Ani Sup Utara, Klang Sentral. kami pekena sup daging. sungguh best sebab hujan2 dan penat.


Sungai Petani+Pulau Pinang (3.2.11)

lama sungguh x update blog ni, kesibukkan melanda. hari ni nak update sikit cerita jalan2 dari bulan Feb. hari tu.

hari ni, aku temankan sepupu aku gi rumah kawan dia. memandangkan kami ni 1st time nak pergi sana, ala2 redah gitu. kami pun gerakla dari rumah lebih kurang 7am. sempat singgah breakfast kat Sabak dulu. makan kat kedai Pak Isa lagi..padahal dah selalu makan. sebab mudah dan senang aku pun suggested la makan kat situ. then kami teruskan perjalanan. kami berdua cuma berpandukan map dr kad kahwin tu je. kalu tak lengkap @ tak betul maka sesatla kami berdua. perjalanan bermula
~kad kahwin 'nor'~

ni la antara landmark yang dia highlight kat kad kahwin tu:
 
Petronas sebelah kiri sebelum simpang (Landmark 1)

SMK Aman Jaya (Landmark 2)
Masjid (nama x tahu plak,lupa)

rumah pengantin?..ops aku tak captured plak.sebab kami datang awl.tak prepare pape lagi pun..hehehe
next plan? oleh kerana kami tak mkan lagi.kat umah member tu dia hidang le gak air. mungkin tekak selangor tak sama ngan tekak kedah..kami pun meneruskan perjalannan ke bandar Sungai Petani (Bandar HPA). x silap aku, last datang bandar ni tahun lepas sebab ada lawatan benchmark. aku ni konon2 jadila guider pada cousin aku ni. guider yang sesat2 jalan gak. ni la antara apa yg ada kt bandar SP
lepas je tol jumpa ni

Daulat Tuanku
berhenti kat traffic light masuk bandar SP
Village mall (x masuk pun)

perut pun lapo, so kami decide nak makan RFC. cousin aku ni x pernah makan. aku pun promote la. tp dah cakap awl2 x la sesedap KFC. bukan nak condemn mana2 tapi tu hakikat. kami kan pengguna katakan. so singgah la kat RFC ni. mak ai, punya ramai org..
RFC Sungai Petani

lunch - (lupa apa nam set ni)

dari Sungai Petani, kami meneruskan perjalanan ke Penang. cousin aku nak mengimbau kenangan lama waktu dia matrik. so layan jela. aku ajak dia singgah Tesco Xtra Seberang Jaya, aku nak beli stokin. jauh kan aku beli stokin? aku suka stokin kat kedai ni, murah dan cantik. so, kami pun solat dan terapi mata kat tesco ni.
tesco Seberang Jaya




ingat nak beli stokin je, rupanya bagak bangayk gila kami borong, terutama aku. sebab teringat anak kat umah. ni le antara barang2 yang kami borong.. hehehe
Stokin Winda utk Una

Sarung tangan
Set make up Una
Skarf pengantin
Sarung tangan cousin aku
penang, here we come..syok gak jalan2 ni...cuci mata..hilangkan stress (tapi stress gak,duit abes). saat ni terkenang anak yg ditinggalkan. next time mumy bawak Una ye..
nak masuk bayar tol ke feri
situasi di jeti
from ferry

dah mendarat di pulau
membeli belah jeruk (x le banyak sangat pun beli)
lepas penat jalan2, kami decided balik nak ikut jambatan. sebab kami nak terus balik ke selangor. ni le natara captured dari atas jambatan.


tinggalkan pulau
puncak jambatan
keluar dari Penang, langsung terus lapo..ingat nak bantai nasi kandar kat pulau, tapi cm x best la plak. kedai yg dilihat tidak berkenan di hati. alang2 dh smpai penang ni, nak jugak nasi kandar, kami pun singgah le kat Juru, makan nasi kandar. 
Pelita Nasi Kandar - padahal kat KL ade. tapi penang ni best sikit kot
menu aku
menu cousin aku
apa yang boleh aku cakap, memang power la kari dia. membuatkan aku nak makan lagi. hahaha..may be kat KL la kot kat penang next time le. tak mampu nak pegi.