Nuffang ads

Tuesday, September 19, 2017

Telekung Siti Khadijah - Go Shop

hallo2...

rasanya 1st time tuk tahun ni mama mengepost blog
bz sesangat la nak ooi

entry kali ni mama nak ceritera tentang Telekung Siti Khadijah

Fenomena Goshop yang semakin meledak2 sekarang ni membuatkan mama makin teruja nak beli jugak
Apa yang mama beli, of coz le telekung Siti Khadijah.
Murah katanya, mama siap gi kedai sevey - tapi yang Goshop punya x de

Finally mama faham - untuk yang Goshop mostly special design dan tak dijual di kedai2 tau

ok, mama nak buat perbezaan antara telekung SK yang kat kedai & goshop ni


Goshop - murah sebab:
i)  Material yang digunakan lain
ii) tak bersulam
iii) renda sahaja
iv) tak de saiz khas

SK butik klasik mahal sebab:
i) special design (mama pakai sejak 2012)  sampai sekarang sedap - nama je dah lain sikit
ii) kain sampai sekarang ok
iii) sejuk
iv) ade saiz
v) sulam

conclu: korang boleh nilai sendiri apa yang korang nak beli. tapi jangan compare la murah ke mahal.
so ni antara sebabnya.

ok mama check out dulu. jumpa the next entry..
p.s. hope mama rajin





Saturday, November 26, 2016

Ayahanda pergi selamanya

Salam semua
Mama telah kehilangan harta pinjaman yang paling berharga = ayah mama
Ayah telah mengadap Ilahi pada 29 Oktober 2016 bersamaan 28 Muharram 1438H
Ayah pergi sewaktu tidur - mudah betul ayah pergi
On that day mama memang nak balik kampung
Mama sampai dalam pukul 4pm sebelum asar
Ibu ada kat luar, ayah dalam bilik masa tu (memang ayah biasa rehat dalam bilik lepas zohor hingga asar)
Ibu tiba2 jerit kata ayah tak sedar
Masa kami tengok tu ayah memang dah x de - kami call ambulans x sampai2 😢😢😢

Ayah pergi dalam tidur
Tiada tanda2 sakit dari jasadnya semasa kami sedar dia tak ada
Ayah tidur seperti biasa

Mama dan family x sempat jumpa ayah
Sapa tak rasa sedih
Tapi perancangan Allah lebih baik
Mama redha
Hati mama tenang bila ayah pergi denhan mudah dan urusannya juga mudah

Terima kasih kepada semua yang ziarah dan membantu
Hanya Allah sahaja dapat membalasnya

Apa yang kini mama harapkan ialah ibu kuat dan terus tabah
Ibu sangat down
Ayah dan ibu lovely couple
Mana2 berdua
Ibu pengsan lebih 6x rasanya
Mama pun jika hadapi saat itu tak tahu sekuat ibu atau tidak

Tatkala mama down - mama akan kata semua pinjaman Allah - kita semua hakNya dan bila2 boleh diambil
Itulah buat mama lebih kuat

Walau ayah dah tak dengar lagi luahan mama
Mama nak kata ayah adalah yang terbaik dan tiada galang gantinya
Doa along untuk ayah sentiasa
Along sayang ayah
Damailah ayah di sana dan urusan ayah dipermudahkan semua
Al-Fatihah untuk ayah
Haji Sukimin bin Saiman
02031959 - 29102016

Thursday, September 8, 2016

Zawara Coffe Setia Alam

hi guys..

adus kebzan yang melampau sampai nak coret2 sikit pun x sempat
ok nak cerita kat sini

malam tadi mama dok ngajak papa makan kat Zawara Coffee
sejujurnya mama ni cepat terpengaruh
nasib badan papa pun dok layan jela

so, masuk le Zawara
anak2 suka la sebab ade indoor playground
boleh la bagi depa khayal

ok 1st mama gi kauter nak order;
makanan semua western style le
no nasi  hokay
rege paling murah rm10
lepas telek2 kami pun pilih le
chicago hotdog, set spagetti + kopi latte, kids spagetti cabonara, oreo milkshake, fries
rege? RM69
mahal kan?
nak cuba punya pasal

bila sampai semua2 yang kami order tu
wow, besar2 rupanya
memang kenyang
siap tapau sebab x habis

yang kelakarnya: kopi yang mamam order pahit nak mampus
tapi minum jugak
sampai separuh
finally papa tanya kat waiter tu leh tambah gula x
rupanya: gula kena tambah sendiri
Allah dah separuh minum
papa dok sakan gelak kat mama
siap kata hirup air sampai separuh habis
sanggup minum pahit2

conclu: suggested to Zawara kalu nak rest n lepak
order makan jangan tamak - kuantiti banyak gila

ok bai

support : Zawara



Sunday, May 1, 2016

Pakar wanita Shah Alam

Morning...
1am already
Mama tgh pening memikior masalh wanita mama
Mlm ni decided nak jumpa pakar wanita jugak
Kalu tidak x boleh solve
Mama dok ngesearch klinik yg kat Shah Alam ni
Dengan bajet yang tak berapa ada
Kena check jugak
Huhuhuuu 😢😢😢😢

Decision: esok nak gi klinik umra kat seksyen 13 atau salam
Esok updates ape cer mama
Jom zzzz

Wednesday, April 20, 2016

Welcome Sylphy babai Preve

Alhamdulillah impian papa nak tukar kereta dimakbulkan
Papa decided nak beli sylphy
Mama ok je once papa yang bayar

Bagi mama yang best sekali we get plat number with JRL
Tu je. Sangat mean for papa and mama
Reminding our memory

Despite, kami x lupa jasa preve pada kami
We used it for 3yrs 6 months
Lenjan habis
Cuma local car x sama imported car

Y beli sylphy?
Rebate tinggi - almost 16k
Model 2014
X pela..

So, harap tuan sylphy x le peningkan kepala kami

Wink wink

Wednesday, April 13, 2016

Pak Uda dalam kenangan

Mlm 12.4.16 kul 1am ibu call mama
Mama target something happen sebab call pagi2
Ibu bagitahu pak uda dah tiada
Mama terkedu
Betul ke ni?
Pak uda memang sakit jantung
Regular check up
Tapi x de la dia nazak ke apa
Mama dah lama x jumpa pak uda

Ya Allah ampunkan dosa pak uda
Damai dan tenanglah dikau di sana
1.8.67 - 12.4.16
Al - Fatihah ~ Khairi bin Saiman

Wednesday, April 6, 2016

Dilwale - review

Hai..
Still on leave
Esok insya allah kerje

Disebabkan mama boring
Mama subcribe astro first dilwale
Org kata membazir - lantakla...

Although mama the last person watching dilwale ni
Review mama:
- stroryline still ok - nampak matang on part shah rukh n kajol
- away from love story melampau
- expose adik2 sbg hub nak erat silatulrahim
- ade nilai murni : sygngi adik beradik, bantu org susah, jgn berdendam
Conclu: mama enjoy watching dilwale

P.s. papa sound senyum2 nape? (Dia thu bini kaki hindustan)