Nuffang ads

Saturday, April 30, 2011

Tok ayah masuk spital

pintu masuk spital
 ayah kena tahan kat wad spital 3 hari. dari hari rabu sampai sabtu. kiranya 4 hari 3 malam la. ayah sakit dada, then ibu bawak gi klinik tengah hari rabu tu. doktor soh transfer spital. ibu call mummy dalam kul 1 petang. tapi ibu dah pergi dulu. drive sendiri. nasib baik la ibu tak panik. mummy yang susah hati. yela ibu pun bukannya sihat sangat pun. tapi alhamdulillah, ibu sampai gak spital bawak ayah. mummy kuar opis awal rabu lepas. mummy balik rumah terus tengok Una. nasib baik masa nak gi klinik/spital tu Una tido. tok yam (jiran sebelah) tolong tengok2 kan Una. dalam kul 2.30 petang Una bangun tido. terus mummy siap2kan Una nak gi spital.

sampai spital, ibu bgthu ayah kena tahan wad. suspek jantung. aduh, risau hati mummy. dah le ayah ada darah tinggi, kencing manis. ni tambah jantung plak. banyak betul dugaan/ujian yang diberi pada family mummy. ini tapi mummy masih bersyukur kerana Allah mengetahui apa yg berlaku.

selama 3 malam kat wad tu, ayah kami x tunggu pun. sebab kat area ayah suma orang sihat. cuma perlu pengawasan doktor je. 2 hari mummy EL. kena jaga Una. kesian plak kat ibu. dah la dia susah hati. pagi2 pas hantar Una sekolah, mummy hantar ibu gi spital. ibu tunggu la ayah sampai malam. mummy ngan Una tengah hari baru datang. then balik pastu petang pas asar datang balik sampai malam. nasib baik Una x meragam. Una cam tahu tok ayah tak sihat. kesian gak kat Una, dia manja ngan tok ayah. anak ayah katakan, bukan cucu ayah.

Cubicle 2 (ruang kubik ke2 rasanya)





Zon Citrine 6 (maksud biasa tak faham)

pakai tag, takut pesakit lari

ayah nampak letih sangat. agaknya ubat yang dibagi kuat sangat la. sebab sepanjang kat spital pas makan ubat je ayah cam mamai. hari ni ayah dah kuar. rasa happy sangat. alhamdulillah. ayah diberi cuti 18 hari. sampai tengah bulan 5. harap2 ayah semakin sihat. 

for Hospital Tanjung Karang, mummy rasa banyak dah improvement yang dibuat. semakin selesa dan bersih. mummy amat suka. paling penting, tandas begitu bersih. syabas la pada management hospital. pas ni kalu mummy terbersalin kat sini, mummy tak takut la. sebab dah cantik. hehehe...

No comments:

Post a Comment