12/4/2011 (hari selasa). mummy ambik cuti. kena jaga Una sebab atok ayah and atok ibu x ada. Atok ayah dikurniakan pingat PPT (Pingat Pekerti Terpilih) dari Sultan Selangor. tahniah ayah. semakin bertambah la koleksi pingat ayah. mummy je yang masih meraban2. al maklumla, baru je keje. rasa2 mummy keje baru 4 tahun. tapi duit tak kumpul2 gak.
ok, berbalik pada pingat tu. inilah sebahagian cerita pingat tu:
"Pingat ini dikurniakan kepada seseorang yang telah melakukan sesuatu perbuatan yang terbilang dan terpilih pekertinya di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan". Pingat ini dibuat daripada perak dan berbentuk bulat dan terukir di sebelah hadapannya lambang Diraja dan nama pingat terukir di dalam tulisan jawi. Pingat dipakai disebelah kiri, tergantung menerusi satu cincin dengan satu riben yang lebarnya satu inci dan mengandungi jalur-jalur menegak berwarna kuning diselang-seli dengan warna merah yang sama lebarnya.
pingat betul dah disimpan sebab anak dara mummy buat main2-gambar jela |
mummy tak dapat join pun dalam upacara tu. sebab rasanya cuma sorang je leh masuk. lagipun bawak Una memang le x dapat nak masuk. upacara berlangsung di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor. mummy and Una berjalan2 la kat Shah Alam. sempat la beli barang2 Una sikit kat Carrefour Seksyen 23. lepas tu mummy singgah LUAS. lama x jumpa kawan2. tapi LUAS seksyen 15. kat HQ kawan baik mummy tu bercuti2 malaysia plak. deman katanya. tak pe la. x de rezeki. may be next time. balik dari Shah Alam kami singgah di Jeram. makan ikan bakar kat Aroma Ikan Bakar. dulu cam sedap makan kat sana. lama2 x syok plak. x tahu la kalu tekak mummy x serasi kot. entahla.
anyway, to ayah. tahniah ye. for being the best father of me and the best boss for your staff. (mummy tak bagi pape token pun kat ayah)..asyik 'pau' ayah je sampai sekarang
No comments:
Post a Comment