Nuffang ads

Saturday, November 26, 2016

Ayahanda pergi selamanya

Salam semua
Mama telah kehilangan harta pinjaman yang paling berharga = ayah mama
Ayah telah mengadap Ilahi pada 29 Oktober 2016 bersamaan 28 Muharram 1438H
Ayah pergi sewaktu tidur - mudah betul ayah pergi
On that day mama memang nak balik kampung
Mama sampai dalam pukul 4pm sebelum asar
Ibu ada kat luar, ayah dalam bilik masa tu (memang ayah biasa rehat dalam bilik lepas zohor hingga asar)
Ibu tiba2 jerit kata ayah tak sedar
Masa kami tengok tu ayah memang dah x de - kami call ambulans x sampai2 😢😢😢

Ayah pergi dalam tidur
Tiada tanda2 sakit dari jasadnya semasa kami sedar dia tak ada
Ayah tidur seperti biasa

Mama dan family x sempat jumpa ayah
Sapa tak rasa sedih
Tapi perancangan Allah lebih baik
Mama redha
Hati mama tenang bila ayah pergi denhan mudah dan urusannya juga mudah

Terima kasih kepada semua yang ziarah dan membantu
Hanya Allah sahaja dapat membalasnya

Apa yang kini mama harapkan ialah ibu kuat dan terus tabah
Ibu sangat down
Ayah dan ibu lovely couple
Mana2 berdua
Ibu pengsan lebih 6x rasanya
Mama pun jika hadapi saat itu tak tahu sekuat ibu atau tidak

Tatkala mama down - mama akan kata semua pinjaman Allah - kita semua hakNya dan bila2 boleh diambil
Itulah buat mama lebih kuat

Walau ayah dah tak dengar lagi luahan mama
Mama nak kata ayah adalah yang terbaik dan tiada galang gantinya
Doa along untuk ayah sentiasa
Along sayang ayah
Damailah ayah di sana dan urusan ayah dipermudahkan semua
Al-Fatihah untuk ayah
Haji Sukimin bin Saiman
02031959 - 29102016